Ada orang hidupnya mudah dan lancar dari lahir sehingga matinya. Tapi ramai yang tidak begitu.
Kita
lihat orang lain hidupnya begitu teratur dan bahagia, terdetik hati
kita walau sekali “Kenapa aku tak bertuah seperti dia?”. Sebenarnya
kita tak sedar, kita sebenarnya masih bertuah. Masih ramai yang tidak
bernasib baik seperti kita.
Setiap orang ada bahagian
masing-masing. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Setiap orang ada
waktu susah dan senang masing. Setiap orang akan lalui waktu derita dan
bahagia. Cuma waktunya tidak sama bagi setiap orang. Setiap orang akan
diuji oleh-Nya.
Bila bercerita dengan orang tentang kesedihan
kita, dengarkan nasihat yang di beri. Belajar untuk menerima. Bukannya
di balas dengan “kau tak faham apa yang aku rasa. Dia tak faham apa
yang aku rasa. Tak ada siapa yang faham apa yang aku rasa”. Kerana
bukan kau seorang yang pernah melalui jalan itu.